DITENGAH krisis ekonomi melanda Eropah, di mana sektor harta salah satu sektor yang paling terkena imbas dari badai krisis hingga kini, namun ada hal yang mengejutkan orang ramai. Apa dia? Rupanya ada segmen hotel yang menunjukkan pertumbuhan naik luar biasa melonjak. Itulah segmen perumahan khas bagi komuniti masyarakat telanjang atau lebih dikenali dengan kaum nudies (Hippie).
The Mediterranean town Le Cap d'Agde adalah salah satu tempat di daerah selatan Perancis di mana komuniti Hippie ini berada, jumlahnya kini semakin meningkat pesat. Pelik sungguh. Mungkin jiwa mereka berubah, kerana nak buat apa yang orang lain tak buat. Kebanyakan mereka adalah orang tua yang hidup menyendiri (Single Parent), sudah berumur.
Mereka mengatakan ingin kembali pada alam dimana segalanya serba natural hingga seolah-olah haiwan, kerana tak pakai pakaian lagi. Tarzan atau orang asli pun ada rasa malu, tutup juga sikit-sikit, walaupun pakai kulit kayu.
Harga rumah di sana yang paling murah sekitar 90 ribu Euro lebih bahkan menurut Xinhua, mencapai hingga 140 ribu Euro. Lingkungan Real Estate para Hippies ini berbeza dengan perumahan umumnya dimana banyak tumbuh-tumbuhan seperti di kampung dan hutan. Jelas d isana tidak ada orang masuk yang memakai pakaian. Selain tempat tinggal kekal, beberapa flat di sana juga disewakan untuk tetamu yang datang. Sejak dari Mei hingga September tahun lalu sahaja sudah ada 4,000 orang pelancong berkunjung ke sana dengan kadar sekitar 140 Euro bagi Flat permalam.
